AKTRES Bollywood, Rani Mukherji kini dilaporkan sedang hamil selepas berkahwin dengan pengarah dan penerbit tersohor, Aditya Chopra, pada April 2014.
Malah, sejak dilaporkan hamil, difahamkan, pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai semakin menyepikan diri dalam dunia seni hiburan Bollywood.
“Dia telah menjauhkan diri daripada media untuk sejak beberapa waktu lalu dan ada spekulasi yang mengatakan dia kini sedang berbadan dua.
“Baru-baru ini, ada yang melihatnya sedang berhibur di London dengan berpakaian santai dan mengunjungi spa mewah untuk rawatan kehamilan,” kata sumber kepada NDTV.
Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu belum bersedia untuk bertemu dengan media bagi menjelaskan mengenai kehamilannya.
Ini kerana, difahamkan, kandungan pelakon Kabhi Kushi Kabhi Gham itu masih lagi di peringkat awal.
“Dia hanya keluar hanya untuk menghadiri acara-acara yang penting.
“Selepas membintangi filem Mardaani pada tahun lalu, dia tidak melakukan kontrak untuk bermain filem lagi.
“Biarpun ada khabar angin yang menyatakan dia bakal memegang watak tokoh Haseena Parkar, namun peranan itu sudah diberikan kepada aktres Sonakshi Sinha,” kata sumber lagi.
Dalam pada itu, jurucakap aktres itu juga tidak mahu mengesahkan akan berita tersebut.
No comments:
Post a Comment